Polisi Privasi
Seperti yang dinyatakan di bawah, polisi privasi kami (“Polisi Privasi“) (yang mungkin dipinda dari semasa ke semasa) telah direka untuk menjelaskan dan menghuraikan polisi-polisi dan prinsip-prinsip kami yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi anda. Polisi Privasi ini menetapkan cara kami mengumpul, memproses, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan data peribadi anda.
Polisi Privasi ini merupakan notis bertulis kepada anda yang selaras dengan prinsip-prinsip perlindungan data peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”). Selain itu, Polisi Privasi ini juga merupakan notis bertulis berkaitan data peribadi mana-mana individu lain yang bukan pelanggan tetapi data mereka perlu dikumpulkan oleh kami atas alasan, atau sebagai lanjutan kepada, penyediaan perkhidmatan guaman kepada anda. Sila mengulas Polisi Privasi ini secara berkala supaya anda sedia maklum dengan hak-hak anda dan perlindungan yang diberikan kepada anda di bawah Akta tersebut.
Persetujuan untuk Memproses dan Menggunakan Data Peribadi
Polisi Privasi ini terpakai kepada semua pelanggan, hubungan, pekerja, penjual dan pembekal atau pihak lain yang mungkin berinteraksi atau berkomunikasi dengan kami melalui e-mel, platform media sosial, laman web rasmi kami dan semua halaman web dalam domain.
Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan anda, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu dan maklumat lain yang kami miliki, termasuk apa-apa data peribadi sensitif iaitu maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan atau data biometrik anda (“Data Peribadi Sensitif”) dan penyataan pendapat tentang anda (“Data Peribadi”).
Apabila anda melantik kami dan semasa kami menyediakan perkhidmatan guaman kepada anda, anda mungkin dikehendaki untuk memberikan Data Peribadi anda kepada kami dari semasa ke semasa. Dengan sedemikian, anda bersetuju dengan penggunaan Data Peribadi anda oleh kami menurut Polisi Privasi ini. Jika kami mengumpul, menggunakan, menyimpan atau mendedahkan Data Peribadi Sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan nyata anda.
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan Data Peribadi anda atau membatalkan persetujuan anda, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian, untuk membenarkan kami memproses Data Peribadi anda. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan Data Peribadi anda atau tindakan membatalkan persetujuan anda mungkin mengakibatkan kegagalan kami untuk menyediakan atau terus menyediakan perkhidmatan guaman kami.
Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpulkan
Kami memperoleh Data Peribadi anda melalui pelbagai cara seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi ini, dan ini mungkin melibatkan Data Peribadi yang kami terima daripada anda melalui komunikasi kami dengan anda melalui pelbagai cara dan saluran, termasuk melalui pemohonan pekerjaan, melalui internet atau melalui pos, e-mel, telefon, faks, pesanan teks pada telefon bimbit anda, rakaman audio dan/atau video.
Jenis Data Peribadi yang akan kami kumpulkan berbeza menurut perkhidmatan guaman yang diminta oleh anda. Namun demikian, maklumat yang dikumpulkan biasanya terdiri daripada data dan maklumat anda seperti nama, gambar, umur, jantina, bangsa, status perkahwinan atau status keluarga, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon (atau maklumat perhubungan lain), nombor pengenalan cukai, maklumat mengenai aset atau hartanah, butiran akaun bank, maklumat mengenai kemudahan bank dan maklumat kewangan lain dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan untuk tujuan penyediaan perkhidmatan guaman. Kami mungkin, pada bila-bila masa, meminta maklumat-maklumat lain yang berkaitan daripada anda untuk membolehkan kami untuk menyediakan atau terus menyediakan perkhidmatan guaman kami. Selain itu, jika anda ialah pekerja kami atau seorang pemohon untuk pekerjaan, kami juga mungkin mengumpul sejarah pendidikan, pekerjaan atau kelayakan profesional, maklumat yang diperlukan untuk syarat pembayaran, nombor Kumpulan Simpanan Wang Pekerja dan nombor Pertubuhan Keselamatan Sosial.
Apabila kami mengumpulkan maklumat melalui laman web kami atau akaun kami di platform media sosial, kami mungkin secara automatik mengumpulkan maklumat tertentu yang bukan peribadi mengenai pengguna laman web yang tidak mengenal pasti anda, termasuk alamat protokol internet (IP) komputer anda, tarikh dan waktu anda mengakses, dan masa yang dihabiskan di laman web (“Maklumat Bukan Peribadi”). Kami mungkin menggunakan Maklumat Bukan Peribadi tersebut untuk menyusun laporan maklumat penjejakan bagi pemahaman dan kajian kami untuk memenuhi keperluan pengunjung laman web kami atau akaun kami di platform media sosial dengan lebih baik, di mana anda akan kekal tanpa nama kepada kami kecuali anda secara khusus memilih untuk berkongsi maklumat dengan kami.
Bagaimana Data Peribadi Dikumpulkan
Kami memperoleh Data Peribadi anda melalui pelbagai cara seperti yang berikut:
- apabila anda melantik atau menggunakan perkhidmatan guaman kami atas permintaan anda;
- apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai kaedah seperti e-mel dan surat, panggilan telefon atau perbincangan dengan kami;
- daripada pengendalian dan analisis perkara berkaitan yang berhubungan dengan penyediaan perkhidmatan guaman kami kepada anda;
- apabila anda menyerahkan pemohonan pekerjaan kepada kami; dan
- apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak ketiga yang diberi kuasa (contohnya, agensi rujukan kredit, agensi kawal selia dan penguatkuasaan, institusi kewangan atau perbankan).
Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda
Data Peribadi yang kami kumpulkan daripada anda adalah bertujuan untuk digunakan dalam urusan perkhidmatan biasa kami termasuk penyediaan perkhidmatan guaman kepada anda seperti yang diarahkan oleh anda dan juga untuk tujuan-tujuan pemasaran dan penyelidikan bagi penambahbaikan perkhidmatan guaman kami.
Selain itu, Data Peribadi mungkin digunakan untuk memudahkan proses pengurusan sumber manusia dan kakitangan, termasuk menilai kesesuaian anda untuk pekerjaan dan menilai prestasi pekerja sedia ada.
Tambahan pula, penggunaan maklumat anda oleh kami juga meliputi tujuan lain, antara yang lain, untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan berkenaan, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan guaman kami, untuk mengelakkan penipuan atau aktiviti-aktiviti haram atau untuk menguatkuasakan atau membela hak-hak kami.
Penzahiran atau Pendedahan Data Peribadi
Data Peribadi anda yang kami pegangi akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan guaman yang berkesan dan berterusan dan untuk mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan, kami mungkin perlu menzahirkan Data Peribadi anda kepada (a) parti bertentangan dan peguam yang dilantik oleh mereka (jika ada); (b) pengawal selia dan pihak berkuasa Kerajaan dan negeri yang berkenaan; dan (c) institusi kewangan atau perbankan yang berkaitan.
Kami mungkin juga menzahirkan maklumat anda kepada pihak ketiga apabila penzahiran tersebut:
- diminta atau dibenarkan oleh anda;
- dibenarkan atau dikehendaki mengikut undang-undang;
- mematuhi mana-mana perintah kehakiman atau keperluan undang-undang;
- diperlukan untuk melindungi dan mempertahankan kami dan juga hartanah kami; dan
- segala tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana yang dinyatakan di atas atau yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan guaman kami kepada anda.
Kami juga mungkin mendedahkan Data Peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan luaran (termasuk tetapi tidak terhad kepada juruaudit, perunding, akauntan, penasihat profesional atau kewangan lain, syarikat telekomunikasi, syarikat pemprosesan data dan syarikat teknologi maklumat) yang kami lantik bagi tujuan melaksanakan dan/atau memenuhi kewajipan kami berkaitan dengan perkhidmatan guaman kami dan/atau untuk semua tujuan lain yang berkaitan dengan perkhidmatan guaman kami, setakat mana yang berkaitan dan perlu.
Penzahiran Data Peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan Data Peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan Data Peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan guaman yang diminta oleh anda atau untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontrak anda dengan kami.
Walau bagaimanapun, kami akan berusaha sedaya upaya untuk memastikan Data Peribadi anda yang berada dalam simpanan kami dirahsiakan, dan memastikan syarikat sekutu kami juga mengendalikan Data Peribadi anda sebagai sulit mengikut Polisi Privasi ini dan semua undang-undang perlindungan data yang terpakai, sejauh mana praktikal dan diperlukan.
Akses dan Pembetulan Data Peribadi
Sila ambil perhatian bahawa ketepatan Data Peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah penting untuk menyediakan perkhidmatan guaman kami kepada anda. Jika terdapat sebarang perubahan kepada Data Peribadi anda atau jika anda percaya bahawa Data Peribadi anda yang kami mempunyai adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah-langkah untuk mengemaskini Data Peribadi anda.
Anda mempunyai hak untuk mengakses, mengulas, membetulkan, mengemas kini, menukar atau memadamkan Data Peribadi anda. Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin memerlukan anda memberikan maklumat tambahan kepada kami yang munasabah diperlukan dan seperti yang dikehendaki di bawah Akta untuk memenuhi permintaan akses dan pembetulan data anda. Jika anda ingin memanfaatkan hak-hak anda seperti yang ditetapkan di atas, sila hubungi kami melalui maklumat hubungan yang ditetapkan di bawah.
Perlindungan Data Peribadi
Kami akan mengambil langkah-langkah, secara pentadbiran dan teknikal, untuk melindungi Data Peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses atau penzahiran yang tidak dibenarkan, perubahan atau kemusnahan.
Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa tiada kaedah penghantaran melalui internet atau kaedah penyimpanan elektronik yang sepenuhnya selamat. Walaupun keselamatan tidak dapat dijamin sepenuhnya, kami berusaha untuk melindungi keselamatan Data Peribadi anda dan sentiasa mengkaji serta meningkatkan langkah-langkah keselamatan maklumat kami.
Penyimpanan Data Peribadi
Kami hanya akan menyimpan Data Peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan serta keperluan atau polisi dalaman. Selepas itu, kami akan memusnahkan atau memadamkan data anda.
Pautan ke Laman Web Lain
Laman web kami atau akaun kami di platform media sosial mungkin mengandungi pautan ke laman web atau sumber internet lain yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga. Apabila anda menekan pada salah satu pautan tersebut, anda sedang mengakses laman web atau sumber internet lain, dan kami tidak bertanggungjawab atau menanggung liabiliti untuk atau mempunyai kawalan ke atas laman web atau sumber internet tersebut atau pengumpulan, penggunaan, atau pemprosesan Data Peribadi anda dengan cara apa sekalipun oleh mereka. Penyertaan laman web atau sumber internet pihak ketiga di laman web kami atau akaun kami di platform media sosial tidak dalam apa-apa cara membentuk pengendorsan terhadap kandungan, tindakan atau polisi laman web tersebut. Laman web atau sumber internet yang dimiliki dan dikendalikan oleh pihak ketiga mungkin mempunyai polisi privasi mereka sendiri dan kami menyarankan anda untuk menyemak polisi privasi mereka dengan teliti untuk memahami bagaimana mereka menggunakan dan memproses Data Peribadi anda.
Pengasingan
Setiap perenggan dalam Polisi Privasi ini hendaklah dan akan kekal terpisah, bebas, dan boleh diasingkan daripada semua dan mana-mana perenggan lain dalam Polisi Privasi ini kecuali jika dinyatakan sebaliknya atau seperti yang ditunjukkan oleh konteks Polisi Privasi ini.
Keputusan atau pernyataan bahawa satu (1) atau lebih perenggan tidak sah dan terbatal tidak akan memberi kesan kepada perenggan lain dalam Polisi Privasi ini.
Butiran Hubungan
Jika anda perlu menghubungi kami, sila hubungi atau e-mel kami melalui nombor telefon dan alamat e-mel seperti yang dinyatakan di bawah:
Foong & Partners
Advocates & Solicitors
13-1 Menara 1MK, Kompleks 1 Mont’ Kiara,
No 1 Jalan Kiara, Mont’ Kiara,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia
No. Telefon: +603 6419 0822
No. Faks: +603 6419 0823
E-mel: admin@foongpartners.com
Perubahan kepada Polisi Privasi
Kami berhak untuk meminda dan mengemaskini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Polisi Privasi ini bersama-sama dengan apa-apa perubahan, pindaan atau kemaskini akan dipaparkan di laman web kami (www.foongpartners.com).
Kami menyediakan Polisi Privasi ini dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat ketidakseragaman antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.
Untuk versi Bahasa Inggeris bagi Polisi Privasi ini, sila klik sini.
