
Seperti yang dinyatakan di bawah, polisi privasi kami ("Polisi Privasi") (yang akan dipinda dari semasa ke semasa) telah direka untuk menjelaskan dan menghuraikan polisi-polisi dan prinsip-prinsip kami yang berkaitan dengan perlindungan data peribadi anda. Polisi Privasi ini menggariskan cara kami mengumpul, memproses, menggunakan, mendedahkan dan menyimpan data peribadi anda. Polisi Privasi ini merupakan notis bertulis kepada anda yang selaras dengan Prinsip Perlindungan Data Peribadi di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi, 2010. Sila mengulas dan meneliti Polisi Privasi ini secara berkala supaya anda sedia maklum dengan hak-hak anda dan perlindungan yang diberikan kepada anda di bawah Akta tersebut.
Persetujuan untuk Memproses dan Menggunakan Data Peribadi
Data peribadi merujuk kepada apa-apa maklumat yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung dengan seorang individu, yang dikenal pasti atau boleh dikenal pasti daripada maklumat itu dan maklumat lain yang kami miliki, termasuk apa-apa data peribadi sensitif dan penyataan pendapat tentang individu tersebut.
Apabila anda melantik kami dan semasa kami menyediakan perkhidmatan guaman kepada anda, anda mungkin dikehendaki untuk memberikan data peribadi anda kepada kami dari semasa ke semasa. Dengan sedemikian, anda bersetuju dengan penggunaan data peribadi anda oleh kami menurut Polisi Privasi ini.
Kami mungkin mengumpul data peribadi sensitif anda (termasuk data peribadi yang mengandungi maklumat tentang kesihatan atau keadaan fizikal atau mental, pendapat politik, kepercayaan agama atau kepercayaan lain yang bersifat seumpamanya, pelakuan atau pengataan pelakuan apa-apa kesalahan) jika perkhidmatan guaman dikehendaki oleh anda memerlukan pendedahan data peribadi sensitif tersebut kepada kami. Jika kami mengumpul, menggunakan, menyimpan atau mendedahkan data peribadi sensitif anda, kami akan mendapatkan persetujuan anda.
Anda mempunyai pilihan, pada bila-bila masa, untuk tidak memberikan data peribadi dan/atau data peribadi sensitif anda atau membatalkan persetujuan anda untuk membenarkan kami memproses data peribadi dan/atau data peribadi sensitif. Walau bagaimanapun, kegagalan untuk memberikan data tersebut atau tindakan membatalkan persetujuan anda mungkin mengakibatkan kegagalan kami untuk menyediakan atau terus menyediakan perkhidmatan guaman kami.
Jenis Data Peribadi yang Kami Kumpulkan
Jenis data peribadi yang akan kami kumpulkan berbeza menurut perkhidmatan yang diminta oleh anda. Namun demikian, maklumat yang dikumpulkan biasanya terdiri daripada data dan maklumat anda seperti nama, nombor kad pengenalan, alamat, nombor telefon (atau maklumat perhubungan lain), maklumat mengenai aset atau hartanah, butiran akaun bank, maklumat mengenai kemudahan bank dan maklumat kewangan lain dan maklumat-maklumat lain yang diperlukan untuk tujuan penyediaan perkhidmatan guaman. Kami mungkin, pada bila-bila masa, meminta maklumat-maklumat lain yang berkaitan daripada anda untuk membolehkan kami untuk menyediakan atau terus untuk menyediakan perkhidmatan kami.
Bagaimana Data Peribadi Dikumpulkan
Kami memperoleh data peribadi anda melalui pelbagai cara seperti yang berikut:
- apabila anda melantik atau menggunakan perkhidmatan kami atas permintaan anda;
- apabila anda menghubungi kami melalui pelbagai kaedah seperti e-mel dan surat, panggilan telefon atau perbincangan dengan kami;
- daripada pengendalian dan analisis perkara berkaitan yang berhubungan dengan penyediaan perkhidmatan kami kepada anda; dan
- apabila kami memperolehi apa-apa data dan maklumat daripada pihak ketiga yang diberi kuasa (contohnya, agensi rujukan kredit, agensi kawal selia dan penguatkuasaan, institusi kewangan atau perbankan).
Tujuan Pemprosesan Data Peribadi Anda
Data peribadi yang kami kumpulkan daripada anda adalah bertujuan untuk digunakan dalam urusan perkhidmatan biasa kami termasuk penyediaan perkhidmatan guaman kepada anda seperti yang diarahkan oleh anda. Walau bagaimanapun, penggunaan maklumat anda oleh kami juga meliputi tujuan lain, antara yang lain, untuk mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan berkenaan, untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan kami, untuk mengelakkan penipuan atau aktiviti-aktiviti haram atau untuk menguatkuasakan atau membela hak-hak kami.
Penzahiran atau Pendedahan Data Peribadi
Data peribadi anda yang kami pegangi akan dirahsiakan. Walau bagaimanapun, untuk menyediakan anda dengan perkhidmatan undang-undang yang berkesan dan berterusan dan untuk mematuhi apa-apa keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan, kami mungkin perlu menzahirkan data peribadi anda kepada:
- parti bertentangan dan peguam yang dilantik oleh mereka (jika ada);
- pengawal selia dan pihak berkuasa negeri yang berkenaan; dan
- institusi kewangan atau perbankan yang berkaitan.
Kami mungkin juga menzahirkan maklumat anda kepada pihak ketiga apabila penzahiran tersebut:
- diminta atau dibenarkan oleh anda;
- dibenarkan atau dikehendaki mengikut undang-undang;
- mematuhi mana-mana perintah kehakiman atau keperluan undang-undang;
- diperlukan untuk melindungi dan mempertahankan kami dan juga hartanah kami; dan
- segala tujuan lain yang bersampingan dan berkaitan dengan mana-mana yang dinyatakan di atas atau yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kami kepada anda.
Penzahiran data peribadi anda mungkin melibatkan pemindahan data peribadi anda ke tempat-tempat di luar Malaysia, dan dengan memberikan data peribadi anda kepada kami, anda bersetuju dengan pemindahan tersebut yang diperlukan untuk menyediakan perkhidmatan yang diminta oleh anda atau untuk melaksanakan apa-apa obligasi kontrak anda dengan kami.
Akses dan Pembetulan Data Peribadi
Sila ambil perhatian bahawa ketepatan data peribadi anda yang diberikan kepada kami adalah penting untuk menyediakan perkhidmatan guaman kami kepada anda. Jika terdapat sebarang perubahan kepada data peribadi anda atau jika anda percaya bahawa data peribadi anda yang kami mempunyai adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau bukan yang terkini, sila hubungi kami supaya kami boleh mengambil langkah-langkah untuk mengemaskini data peribadi anda.
Anda mempunyai hak untuk mengakses data peribadi anda. Jika anda ingin untuk meminta akses kepada data peribadi anda, sila hubungi kami.
Perlindungan Data Peribadi
Kami akan mengambil segala langkah, secara pentadbiran dan teknikal, untuk melindungi data peribadi anda daripada kehilangan, kecurian, penyalahgunaan dan akses atau penzahiran yang tidak dibenarkan, perubahan yang tidak dibenarkan atau kemusnahan.
Penyimpanan Data Peribadi
Kami hanya akan menyimpan data peribadi anda untuk tempoh yang diperlukan untuk memenuhi tujuan ia dikumpulkan atau untuk mematuhi keperluan undang-undang dan peraturan-peraturan serta keperluan atau polisi dalaman. Selepas itu, kami akan memusnahkan atau menghapuskan data anda.
Butiran Hubungan
Jika anda perlu menghubungi kami, sila hubungi atau e-mel kami melalui nombor telefon dan alamat e-mel seperti yang dinyatakan di bawah:
-
Foong & Partners
Advocates & Solicitors
13-1 Menara 1MK, Kompleks 1 Mont' Kiara,
No 1 Jalan Kiara, Mont' Kiara,
50480 Kuala Lumpur,
Malaysia
t +60 3 6419 0822
f +60 3 6419 0823
E-mel : admin@foongpartners.com
Kami berhak untuk meminda dan mengemaskini Polisi Privasi ini dari semasa ke semasa. Polisi Privasi ini bersama-sama dengan apa-apa perubahan, pindaan atau kemaskini akan dipaparkan di laman web kami (www.foongpartners.com). Kami menyediakan Polisi Privasi ini dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Jika terdapat ketidakselarasan, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.








